Homestay Sadong Jaya - Sarawak
Sadong Jaya adalah merupakan sebuah kampung yang suatu ketika dulu lebih dikenali sebagai Kampung Pendam. Pertukaran nama Pendam telah secara rasminya ditukar kepada Sadong Jaya oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 8 Ogos 1985.
Terletak 75km dari Bandaraya Kuching , Sadong Jaya memiliki keluasan 18,143 hektar dan mempunyai penduduk kira-kira 54,200 orang terdiri daripada bangsa Melayu , Bugis , Jawa, Iban , Cina dan lain-lain.
Homestay Sadong Jaya merupakan rumah tumpangan yang dimiliki oleh penduduk sekitar Sadong Jaya.Terletak di lokasi berbeza di daerah ini.
Homestay Sadong Jaya menyediakan alternatif untuk anda yang menginginkan penginapan seperti rumah sendiri dan menepati bajet.
Anda juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti diadakan dan pastinya mengujakan untuk dijadikan salah satu kenangan terindah anda.
Kepelbagaian kaum yang menetap di Sadong Jaya tidak kurang juga memiliki tarikan pelancong yang mana terdapat di tempat-tempat lain. Sadong Jaya memiliki keunikan tersendiri dari segi adat dan budaya , makanan dan sukan rakyat setempat.